f eVErything it's okEy!!: BEZ frENZ..

Saturday 26 May 2012

BEZ frENZ..

Assalamualaikum..... st0p..!!! jp2!!!! (sblm bc jwb la dlu salam 2)hehe
x rugikn klu kta jwb slm...

hari ni kiena nk kongsi tntng'kwn baik'... stiap 0rg mst ad kwn baik kn..
kt sini kiena juz nk k0ngsi tntng ciri2 kwn baik..
mgkn k0rang dh tw tp ap slhny klu bc kn x rugi pn...


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
 kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu
 agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap
 temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik
 terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini
 berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup
 bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan
kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau
 melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak
 memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia
daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman
Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
 kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan
 kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
 lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
 Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.
 Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia,
 kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk
personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah
dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan
 yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup
berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru
, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya
. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu
adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu
 meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
 kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat
dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
CIRI2 SAHABAT YG BAIK
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
 membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya,
 dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya
, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu,
dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan
menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan
kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang
 melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu
 berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia
 tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan
meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan
 hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan
simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu,
 ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan
tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia
 tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji
 dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati
 amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau
 suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak
sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah.
Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia,
lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah
manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
s0 brhati2lah mmilih kawan..




No comments: